Saturday, May 21, 2011

Ulang tahun kedua -



Alhamdulillah..hari ini genap 2 tahun usia perkahwinan kami..syukur.. mAsih segar diingatan saat kami selamat diijabkabulkan,gelak ketawa saudara-mara meraikan perkahwinan kami pada tanggal 24 Disember 2007 lalu.

Sungguh, lafaz aku terima nikahnya itu besar ertinya..tidak setakat menyatukan dua hati, tetapi juga penyatuan dua insan yang berbeza asalnya...he is from mars..and i am from venus...perbezaan yang perlu diserasikan, bagi mewujudkan mawaddah dan rahmat di dalam rumah tangga kami.

Sungguh, dia.. suami yang sangat tinggi kasih sayang dan sabarnya,. terima kasih kerana memilihku sebagai isterimu,
terima kasih kerana menyanjungiku sebagai isterimu
terima kasih kerana bersantun pada keluarga mertuamu
terima kasih kerana melindungiku dan anakmu
terima kasih kerana memimpinku ke arah cahaya ilmu
terima kasih kerana mahu terus berkahwin dan bercinta denganku

0 komen:

Post a Comment