Monday, September 21, 2009

Syawal yang Diertikan, Ramadhan yang Mengesankan

hari ketiga Syawal, aku bertugas di pejabat. Menggantikan rakan sekerja yang pulang berhari raya di Terengganu. Insya Allah, besok baru bercuti.

Sungguh, terasa cepat betul sebulan berpuasa. Cuma bila diamati sambutan ramadhan dan syawal yang pernah kulewati, ada bezanya dulu & sekarang. Zaman jahiliyyah & zaman dituntuni dengan "pencerahan (pinjam istilah suami)".

Aku tidak pasti sama ada kualiti puasa ku pada ramadhan tahun ini, bisa atau tidak untuk natijahkan momentum ibadah hingga ke ramadhan berikutnya. mungkin telah pancit atau lebur sejak 1 syawal lagi, dek lagu2 & rancangan2 pelbagai di televisyen.
Doaku, moga berpanjangan amalan ramadhan hingga ke tahun depan...amiin

4 komen: