Saturday, May 21, 2011

salam tahun baru hijrah





Salam maal Hijrah 1431H,

Petang 30 Zulhijjah 1430H ditutup dengan doa akhir tahun, dalam keterbatasan waktu, saya hanya sempat membaca doa bersama suami di rumah. Sungguh, cepat benar masa berlalu, dihitung, direnung kembali, sedikit sekali amal ibadat yang dibuat, banyak masa dihabis pada perkara yang merugikan, sungguh, saya banyak sekali beralasan dengan masa..tidak sempat, penat, letih, bernanti2 (tangguh), malas...

Sungguh diluar sana ada ramai manusia yang hebat mengurus masa mereka. Jumlah 24 jam yang diberi Allah menjadi kuasa hebat bagi meraih kejayaan yang mengagumkan. Mungkin saya perlu amati serta menghayati intipati Surah Al-Asr suupaya dapat menjadi darah daging (malakah).

oh tuhan, bantu la diriku untuk mengurus masa pemberianMU,

Demi masa, sesungguhnya manusia itu berasa di dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman, mengerjakan amal2 soleh, serta berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.

Ulang tahun kedua -



Alhamdulillah..hari ini genap 2 tahun usia perkahwinan kami..syukur.. mAsih segar diingatan saat kami selamat diijabkabulkan,gelak ketawa saudara-mara meraikan perkahwinan kami pada tanggal 24 Disember 2007 lalu.

Sungguh, lafaz aku terima nikahnya itu besar ertinya..tidak setakat menyatukan dua hati, tetapi juga penyatuan dua insan yang berbeza asalnya...he is from mars..and i am from venus...perbezaan yang perlu diserasikan, bagi mewujudkan mawaddah dan rahmat di dalam rumah tangga kami.

Sungguh, dia.. suami yang sangat tinggi kasih sayang dan sabarnya,. terima kasih kerana memilihku sebagai isterimu,
terima kasih kerana menyanjungiku sebagai isterimu
terima kasih kerana bersantun pada keluarga mertuamu
terima kasih kerana melindungiku dan anakmu
terima kasih kerana memimpinku ke arah cahaya ilmu
terima kasih kerana mahu terus berkahwin dan bercinta denganku

Cintailah diri sendiri



Diri, berlajarlah untuk mencintai dirimu dahulu,nescaya dirimu bisa mencintai dan dicintai. Sungguh, orang yang tidak mencintai diri sendiri tidak layak mencintai orang lain jauh sekali mencintai Allah. Sungguh, salah satu tanda diri yang mencintai Allah adalah dengan mencintai diri sendiri.

tapi, diri, tahukah bagaimana untuk mencintai diri itu?? Memilih untuk mencintai diri sendiri bukan bermakna 'selfish'(penting diri sendiri). mencintai diri sendiri menjadikan hidup lebih gembira, seimbang, menjadikan diri lebih tenang dan lapang untuk memberi dan menyayangi.

Elakkan adanya cinta yang tidak seimbang dengan melebihkan cinta terhadap orang lain sehingga melupakan diri sendiri. bimbang, diri akan dilanda perangai merungut dan mengeluh kerana kebaikan yang dibuatnya tidak mendapat balasan.bersikap cinta tidak seimbang ini mengakibatkan diri menjadi tidak ramah, sentiasa menyebut kebaikan yang telah dilakukan berulang-ulang kali. pastinya,sikap ini menimbulkan bosan terhadap orang sekeliling dan diri terus tidak disenangi hingga mengakibatkan diri ridak dipedulikan.

hindarilah keadaan ini, carilah hobi yang bisa mengisi masa lapang dengan kegemaran diri sendiri sebagai langkah untuk menumpukan perhatian, menumpukan kegembiraan, dan tempat untuk memenuhi masa lapang. dengan harapan, diri ini tidak mengharapkan jadi tumpuan perhatian orang pada setiap masa. sungguh, kekadang kesibukan dengana urusan seharian menjadikan kita tidak ada masa langsung untuk memberi perhatian kepada diri sendiri. orang yang mencintai diri sendiri tidak mengharapkan tumpuan perhatian daripada orang lain disekelilingnya, tetapi sekiranya dapat, sangatlah menyenangkan...jangan sampai diri terbiar kerana sibuk mengurus keperluan orang lain..maka, mulai hari ini,belajarlah untuk mencintai diri..supaya keseimbangan dapat dicapai.

Dengarlah, sesungguhnya, tiada hadiah yang lebih bermakna pada diri sendiri melainkan MENCINTAI DIRIMU SENDIRI!!percayalah..keraana semuanya adalah benar..:)

Muadz Moga Jadi Muslim Beramal dengan Ilmu

Ayuh Berjalan Anakku - Apr 2010


Alhmdlh, cuti hujung minggu ni sangat menggembirakan aku. Muadz dah mula mengatur langkah sebaik umurnya menjejak 1 tahun 3 bulan..lewat??tidak bagi ku..syukur ya Allah, dia tumbuh dan membesar di hadapan mataku